Ahad, 17 Mac 2013

Home Sweeeet Home ^_________________^

Sollu 'alannabi ^^ , Assalamualaikum and gud morning buat semua sahabat tak kire dimana berada,, hee..semoga semua sihat belaka InsyaAllah,,aminn.! Alhamdulillah, tubuh badan, tangan, kaki, mulut, mata dn lain2 sihat lg boleh bejalan,bercakap,melihat... Dan..! dan masih boleh bernafas lg smpai hari ni,, Alhamdulillah,,terima kasih Ya Allah atas nikmat Mu.

Hm, hari ni, Isnin 18mac 2013, hari kedua kot, bercuti lpas balik PLKN. tersangatlah bosan, Sisa2 rindu sedih nk tinggl kngkawan plkn duk ada lg..huhu, mudah mudahan ukhuwah ni smakin erat dn kukuh wlaupun berjauhan,,

okay,.! now, we move to pictures.. yeah, takde gambar nk tunjuk msti boring kan? Jadinya, diharap sahabat menikmati lah gambo2 nie....tak byk sgt, tp InsyaAllah memuaskn,,

Nama kem : Kem PLKN Desa Rimba, Chenderoh, Kuala Kangsar


Kompeni aye : Bravo
Kem paling cantik kt situ (MasyaAllah, beautiful..!)

 Kolam yg ada byk Lepto.hehe
 Dorm Alamanda,,dorm Izzah
 Kat kiri gmbr ni,,Padang Kawad :)
 Dpn Dorm Alamanda
 Bukit nmpk separuh jee..sbb kabus tutup ^^
 Pemandangn dri Dewan Mkn
 Ni Geng Kawad Kompeni Bravo,, mcm2 keletah, perangai, haru sungguh.
tapi sangat menceriakan. Alhamdulillah, berbaloi gelap2 muka kitorang.. menang gak johan Ptandingn Kawad
 Nie kawan2 FBI yang tak pernah ptah semangt nk bantu kwn2..
"kami bukan ustazah,,kami cuma nk tolong" ^__^
                                                                           Nie lg kwan2 saye

Rabu, 26 Disember 2012

kenangan~

Assalamualaikum semua,,syukur alhamdulillah dpt sedut udara Allah ini lg.. Aduh, jujur..Rasa diri ini merendah diri sebab lihat blog-blog sahabat lain segar diisi dengan entri2 ilmiah, nasihat, ilmu.. Tapi blog ni, kering ja. Bukanlah izzah nak tunjukkan kelemahan,, hanya nk beritahu sahaja..^^ Bila Izzah rasa ada kekuatan nk menaip disini,, Insyaallah akn ada perkongsian ilmiah yang baru disini.. Banyak je idea nk menaip ni...bagai2 tajuk ada dlm otak..Tapi hectic sangat tolong sana sini.. Tak sempat update. Huhu, maaf3..

Okey, baiklah.. Disebabkn Izzah secara rasmi dah habih sekolah. Jadi hanya ingin berkongsi potret-potret kenangan sekolah Izzah, sahabat a.k.a. kengkawan.. Adios,, Selamat Menyambut Tahun Baru untuk semua.,, terutamanya student2 Smk Dr Burhanuddin, Taiping.. Jangan sambut dengan perkara yang lagha2.. tak elok, okey..











Ahad, 18 November 2012

Rinduuuu ^^

Assalamualaikum,,semueee.. ;) rindu cik blog, rindu cik internet, rindu cik fb, rindu semualah. Syukur3 alhamdulillah ada masa dn peluang nk menaip- naip ni jgn lepas peluang la kn? Tak kira dah sihat ke tidak, soksek soksek selsema pon tgn masih menaip lagi ^______^ .

Ookey, sekarang smua orang tahu kn minggu lepas satu minggu ada 2public holiday..hari selasa : Deepavali dan hari khamis : Maal Hijrah 1434. walau bagaimanapun lah,, saya cuti seminggu ,hehe :) ada jarak hari bagi student SPM. Alhamdulillah dapat study & rehat rehat rehat rehat.

 So ! memang sangat2 meriah cuti seminggu ni malam2 tongtang tongtang bunyi mercun sbb Deepavali. Hmm,, tapi ada satu perkara yang buat hati ni rasa mcm2.. rasa marah,pelik, terkesima dan macam2 lah. Amende? ...okey, mcmni. Dua hari lepas homestay sebelah rumah saya didiami(sampai hari ni) oleh sekumpulan orang india. jadik, faham-fahamlah. suasananya sungguh meriah,. then, satu petang izzah dengan adik dengar mereka nyanyi lagu dkt nset.. lagu Taubat Maksiat, wali band kot.entahlah.

Adik gelak je..dengar mereka nyanyi..."berapa dosa kau buat...berapa kali maksiat..ingat ingat sahabat ingatlah akhirat..cepat ucap astaghfirullahalazim.." hmm,, awak smua rasa apa kalau dengar orang india yang sebut2... mereka ni main2 ke saja2 ke.. Kalaulah mereka tu tengok lirik betul2 bg faham., alangkah bagusnya kn? hmm, Wallahualam. see u next time.. Assalamualayk


selingan.! jom tengok pmandangan kmpung izzah. [Sungai Star,Parit Buntar]




Asiff jiddan,, gambar ni takde nk crop2... tak sempat. hehe, habih nampak segala bagai semak.

Sabtu, 21 Julai 2012

Cuti menaip..

CUTI MENAIP...masyaAllah,,kelakar tajuk..hehehe, lame sangat blog mendiam saja. Tak ade cerita apepun dekat blog ni.. Izzah memang da reject awal-awal nk jadi penulis muda. hehe. menaip dalam blog pun malas.Ni bukti saya sibuk memanjang dengan sekolah..hehe, tapi hanya sebahagian je nie,, memang tringin nak simpan gambar2 knangan untuk tahun last sekolah  tahun nie..

 Program Kecemerlangan SPM Smkdb
cikgu suruh nyanyi lagu maher zain:InsyaAllah :)
 Hari Sabtu ade Kenduri Perdana kat sekolah
 Hari Kantin SMK Doktor Burhanuddin
 Huihh...penat menghias:) pagi2 lagi nie..
Ni dia,,,hehe,hias gerai lain, jage gerai lain.. Badan boleh dpotong 2,
 sebelah gi sane,,satu lg gi sini..hehe
 Ni mase kenduri perdana tu, lepas solat hajat dn bacaan yasin,
ada ceramah pula..sementara tunggu lembu kene masak..hehe
 Ini pula Seminar ape name tlupa, tapi seminar menjawab kertas exam arab,
Subhanallah, sangat sronok jmpe plaja aliran agama dri merata skolah.
semua sedap mata memandang, btudung labuh & bjubah :)
 Ini kenangan mase tengah rehat,,tunggu slot ke 2 seminar, 
puan camera xmasuk dalam gambar, hehe
 This, sahabat rapat saya.. tak payah cerita lah.. susah senang same2 je.
 Ni pulak Kolej Islam kt kuala kangsar,, cantik2
 21/4 hari Sabtu, knangan yang amat2 bharga untuk tahun last skolah ni,
Pertandingan Kawad pringkat Daerah.. Alhamdulillah, tempat number two..
Ini dia..kawan sekelas,,bermurah hati izinkan gambar meke jd kenangn
dalam blog nie... :)

Selasa, 24 Januari 2012

Holiday...ohh,holiday


Assalamualaikum..semua,.. cuti tahun baru Cina dpt cuti seminggu alhamdulillah.. tapi kene buat keje Pakej Percutian Emas yg cikgu2 bagi.. hmm ,, tpakse bejaga malam smpai pagi nk wat keje.., uhuhu.. mengantok tesengguk sengguk..,, kesian2..

Khamis, 5 Januari 2012

LAYANAN TERHADAP ORANG BUKAN ISLAM

Dan jika seseorang dari kaum musyrik meminta perlindungan kepadamu (untuk memahami Islam), maka berilah perlindungan kepadanya sehingga ia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia kemana- mana tempat yang ia beroleh aman. Perintah yang tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam). Surah Attaubah: 6


Intisari ayat
  • Allah s.w.t. mmerintah Rasulullah s.a.w. mmberi plindungan & keamanan kpd orang musyrikin.
  • Perintah bertujuan mmberi pelindungan& ptolongan kpd golongn yg belum Islam.
Kategori org kafir
  • Kafir Zimmi - org kafir yg menetap di negara Islam & patuh kpd pmerintah dan negara Islam
  • Kafir mustakman - org kafir yg melarikan diri dri negara asal & mminta pelindungan negara Islam
  • Kafir muahad- orang kafir yg membuat perjanjian dengan negara Islam
  • Kafir harbi- org kafir yg sntiasa mnunjukkn pmusuhan dgn umat islam dan negara Islam

Rabu, 9 November 2011

Assalamualaikum semua... hari iini izzah nk kongsi satu cerrita yang izzah bace di satu laman web.... laman web die ialah..http://mforum2.cari.com.my/viewthread.php?tid=530898

Baca dan hayati kisah di bawah ini. Fahami mesej yang cuba disampaikan. Dan paling penting, amalkan ilmu yang anda dapat.


Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.
  • Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”

Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”
  • Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”

Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”
  • Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”
  • Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”
  • Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’
  • Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.
  • Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”

Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :
  • Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
  • Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
  • Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
  • Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu

Sekian, semoga dapat sikit sebanyak manfaat daripada coretan ini.

kredit to Realiti Alam Perkahwinan

Sabtu, 29 Oktober 2011

Terharu...Alhamdulillah :)


Assalamualaikum,, wahai semua sahabatku,, hehe.. Baru ada masa nk update blog.. Masa sekarang ni agak sibuk dan banyak perkara nak dibuat blum selesai2 lagi.. Dan sekarang pun baru jee habis exam(periksa akhir tahun)..huhuhu,, baru lah ade mase lapang nk sentuh keyboard..menaip dan menaip.,,
Okey, sekarang izzah nk ambil peluang yg berharga nie nk kongsi dengan semua... baru2 nie izzah baru selesai jawab exam bahasa arab..,, dan kongsi serba sedikit tentang pilihan karangan bahasa arab kertas 2.. hehe,, complicated nyer entry kali niee.. Disebabkan soalan kertas 2 niee,, dpt soalan bocor(alhamdulillah)..hehe, jadik, awal2 lagi izzah dah dapat tahu tajuk karangan ape yg akan keluar... setelah diberitahu, cepat2 lah study balik dn tengok2 buku rujukan karangan.. okey, karangan yang izzah pilih kali nie ialah "peranan@kewajipan anak terhadap ibubapa".. Sangat2 menarik tajuk ini sebab sebelum nie hanya selalu keluar karangan "tanggungjawab ibubapa terhadap anak2".. memang bersyukur sebab dapat wat persiapan awal..alhamdulillah.. :)
Kat sini juga izzah nk ambil peluang relate tentang kehidupan seharian izzah..khusus untuk umi. memang izzah sebagai seorg anak yg masih mmpunyai umi..,, sangat2 terharu dengan kasih seorang ibu., sungguh ajaib.., Allah s.w.t. campakkan kasih sayang seorang ibu yang melimpah ruah terhadap anaknya...Alhamdulliah, kasih sayang tue xpernah pudar sehinggalah anaknya besar dn boleh mmbina hidupnya sendiri malah selama lamanya.., bagi izzah yang masih lagi menuntut ilmu, saban hari sibuk menyiapkan kerja yg sepatutnya DAN masih lagi tinggal bersama umi amat2 memerlukan semangat,dorongan,kata2 yg memberansangkan dri ibubapa untuk terus berusaha dalam hidup. mungkin xsempat makan atau minum..hanya umi yang mengingatkan izzah,.. salam, ciuman dan harapan didoakan kejayaan sentiasa diucap dan dihadiahkan kepada umi y dicintai sebelum melangkah keluar rumah.. segala nasihat, ingatan dan teguran sentiasa segar diingatan..
Tentu sekali andai dapat dikumpul kembali segala ptolongan, pengorbanan yg dilakukan oleh umi..,, Subhanallah,,banyaknya..,xmampu di balas..
Akhir sekali,, wahai umi ku.. NORZETA BT HJ ABD HALIM,, wanita yang sangat cekal.. izzah sangat2 bersyukur dan bangga menjadi anaampunkan dosa izzah, redha umi sentiasa izzah harapkan.. I LOVE YOU SO MUCH. UHIBBUKILLAH..

Sabtu, 27 Ogos 2011

Happy:) and Sad:( ....


Assalamualaikum..!! semua..sahabat2 izzah.. Lame da xcerita ape2 kt sini..duk pendam jew.. huhu.. ok, mule2 skali..nk ucap Ahlan Ya Ramadhan.. :) [walaupun nk dkat raye da..huhu].. dan.. Selamat mnyambut Hari Raya.. Maaf zahir batin..,, mohon maaf sekiranya ade buat salah kt sahabat semua.. yew..!
Ok,,disebabkan lambat update..izzah nk citer kongsi citer tentang Ramadhan yew.. first skali ramadhan..,, tahun nie tahun yg ke 10 sambut Ramadhan sebagai seorg pelajar sekolah..hehe,, Alhamdulillah sedo lagi duk tengah belajar..,, jgn leka yew..! h
mm,, suasana di sekolah semasa sambut ramadhan agak berubah dri segi masa persekolahan dipendekkan.., waktu rehat diisi dengan Solat Dhuha..n pada hari tertentu ikut jadual stiap kelas de wat tadarus AlQuran.., :) [hehe,, saat paling sseronok dn tertunggu2..] hmm,, tapi
kurang meriah sikit sbb xrmai thalibat yg datang solat sunat Dhuha.. sekali Solat sunat berjemaah adela dlm 20 orang jemaah muslimat..
Dan...! naseb xlupe..uhuhu..,, awal Ramadhan lagi dah kene duduki exam..,, walaupun Ujian 2 sahaja..Tapi, kt izzah dpt tengok kesungguhan sahabat2 kt kelas duk study..,, hehe..study Last minute jadi hobi kmi semua....dan akhirnyer...,, dapat lah result pun..,,yg tak memberansangkan..,uhuhu..oklah2, perkara da blalu xmao ingat..jadikan pengajaran..

Khamis, 4 Ogos 2011

Bila Waktu telah Berakhir

Bagaimana kau merasa bangga
akan dunia yg sementara
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
meninggalkan dirimu

Bagaimanakah bila saatnya
waktu terhenti tak kau sadari
Masikah ada jalan bagimu untuk kembali
mengulangkan masa lalu

Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yg ada akan
kembali padaNya

Bila waktu tlah memenggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tingallah sepi


---->>> Assalamualaikum,,wahai sahabat2 yg dicintai...,,hidup di dunia ini hanya sementara dan pinjaman seketika buat kita sebagai hambaNya..
"Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada (agama) tali Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai..." 3:103

Khamis, 14 Julai 2011

Ya Allah..,,

Bismillahirrahmanirrahim..,,Ya Allah..ya Rahman ..Ya Rahim..
berilah hamba Mu yg lemah ini kekuatan untuk daku menghadapi ujianmu..,,
Ya Allah ya tuhanku..Engkau tetapkn lah didalam hatiku rasa bersyukur atas nikmat yg Engkau beri kepadaku setiap hari..
Jadikanlah daku seorang hamba yg sentiasa redha,ikhlas dn bersykur diatas apa yg Engkau tetapkn buatku..,,
berilah daku ketenangan hati dn kesabaran yg byk dlmmghadapi dugaan2...,,
berilah daku kekuatan untuk ku sentiasa berzikir memuji kebesaranMu..,
,sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa,,Maha mendengar lg Maha Mengetahui apa yg trbaek buatku...
Amin Ya Rabbal 'alamin..

Sabtu, 18 Jun 2011

Jom Story mory jom,,~

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum semua sahabat2 izzah...,, hmm,, izzah baru siap jahit niqab.. baru nk cube2 jahit niqab..,,belajar dri sorang ukhti yg baik sangat..berjiwa lembut,, hehe.. okey..hari nie izzah nk kongsikn satu cerita yg berlaku pada izzah baru2 ini.. ending cerita nya sedih juge la...,, Bermula begini...
Suatu petang..izzah gi jalan2 dkt bandar Taiping dgn akk...teman akak cari baju muslimah.. Jalan3 akhirnye jumpe laa kdai bju muslimah..,,sampai je kt kdai sorang Pak cik nie...
pak cik: Adik nk cari baju muslimah ye,,sini rak nyer.. Design nie kan tak ade kt sini.. Cume kt Ipoh je ade..Harga nye pn bpatutan tau..,,

Da abis membelek2 mncari warna yg menrik yg mnawan hati..,,akhir nye akak jumpe baju yg berkenan...,,hmm,,kt situ mmg byk bju warna ceria2..
Akak: Pak cik,, saya pilih yg ini yew..(tawar2 harga juge le..hehehe).. hmm,,Pak cik saya nk tnya blh..?
Pak cik: Haaaa,,sila lah tnye..nk tnye ape ye..
Akak: hmm,,dkat area nie ade tak kdai pakaian yg jual purdah dn tdung lbuh..? (kdai p.cik tue jual baju jer..)
Pak Cik: tak ade la adik..kt sni byk jual pkaian biase2 je.. orang zaman sekarang suke pakai yg simple2..,,yg tdedah2 tue..
Akak: ~senyap sekejap~ hmm,,ok pak cik.. saya beli ya...

Haaaa,,begitu la kisah nye berakhirr... huhuhuhu,, ending yg xbest kn?? baju muslimah dpt beli..tpi ..,,bila pak cik tu kata mcm tue..,,ase sedih pule.. maknanya wanita2 zman sekarang lbih selesa mngenakn pakaian yg simple aje..dn TERDEDAH..walaupn xsemua wanita..,, tetapi di Bandar Taiping sekrg apa yg izzah lihat..seperti di shooping mall..,,anda sendiri blh fikirkn..,,
Oklah,,sekian sahaja perkongsian untuk sahabat2 izzahh,,.. Assalamualaikum semua..,!

Rabu, 1 Jun 2011

Kisah Ratu Syahadah...Asiah



Tersebutlah alkisah di negeri Mesir terdapat kerajaan yang diketuai oleh raja yang terakhir bernama Fir’aun yang terkenal dengan keganasan dan tidak berperikemanusian. Setelah kematian isterinya beliau hidup bersendirian tanpa teman hidup.

Pada ketika itu tersebutlah satu kisah di mana seorang gadis jelita dari keturunan keluarga Imran yang baik-baik dan solehah yang bernama Siti Asiah yang sentiasa menjadi sebutan di kalangan pemuda-pemuda Mesir kerana keperibadian dan kejelitaannya.Kisah kejelitaan Siti Asiah telah sampai ke telinga Fir’aun dan suatu hari beliau teringin untuk memperisterikan
Asiah sebagai permaisurinya. Maka diutuskan seorang Menteri bernama Haman untuk merisik.

Ibu bapa Asiah telah bertanya kepada tuan empunya diri tetapi Asiah telah menolak lamaran tersebut dan berkata kepada kedua ibu bapanya bahawa Fir’aun adalah seorang raja yang ingkar kepada Allah SWT dan tidak berperikemanusiaan.

Tidak lama kemudian Haman, utusan Fir’aun datang kembali untuk bertanyakan tentang lamaran tersebut dan alangkah marahnya beliau setelah mendapat tahu yang lamaran Fir’aun telah ditolak. Ibu bapa Asiah telah dicaci dan dihina. Haman kemudian telah pulang dan memberitahu kepada Fir’aun akan berita buruk tersebut dan Fir’aun telah menjadi marah dan memerintahkan supaya kedua ibu bapa Asiah ditangkap.

Mereka telah diseksa dan dimasukkan ke dalam penjara. Setelah itu Asiah ditangkap dengan menggunakan kekerasan dan kemudian dibawa ke istana Fir’aun dan bertemu dengannya. Di hapadapan Fir’aun, Asiah kemudiannya telah diketemukan dengan kedua ibu bapanya di dalam penjara. Asiah amat sedih melihat keadaan kedua orang tuanya yang disiksa oleh Fir’aun.

Kemudian Fir’aun berkata:“Hai Asiah, jika engkau seorang anak yang baik, tentulah engkau akan sayang terhadap orang tuamu, maka oleh kerana itu engkau boleh pilih satu antara dua. Kalau kau menerima lamaranku bererti engkau akan hidup senang dan akan aku bebaskan kedua orang tuamu. Dan sebaliknya jika engkau menolak lamaranku,maka aku akan perintahkan mereka untuk membakar hidup-hidup kedua orang tuamu di hadapanmu.”
Oleh kerana ancaman itu, maka Siti Asiah terpaksa menerima pinangan Fir’aun akan tetapi beliau telah meletakkan beberapa syarat:1. Bahawa Fir’aun harus membebaskan kedua ibubapanya.2. Harus membuatkan rumah yang indah lengkap dengan perkakas3. Bahawa orang tuanya harus dijamin kesihatan beserta makan dan minumnya.4. Bahawa Asiah bersedia menjadi isteri Fir’aun, hadir dalam acara-acara tertentu tetapi tidak bersedia tidur bersama Fir’aun.Sekiranya permintaan-permintaan tersebut tidak dipersetujui, beliau rela mati dibunuh bersama kedua ibu bapanya.
Akhirnya Fir’aun bersetuju menerima syarat-syarat tersebut dan memerintahkan agar rantai belengu yang ada di kaki dan tangan Asiah dibuka. Kini Asiah telah hidup mewah dan tinggal bersama-sama Fir’aun di dalam istana yang indah. Akan tetapi ia tidak membawa pengaruh terhadap kehidupan peribadi Asiah.
Asiah tidak pernah engkar terhadap perintah agama dan beliau tetap taat mengerjakan ibadah kepada Allah SWT. Pada malam hari beliau selalu mengerjakan solat dan beribadah kepada Allah SWT. Beliau sentiasa berdoa agar kehormatannya tidak disentuh oleh orang kafir miskipun suaminya Fir’aun.

Bagi menyelamatkan Asiah dan menjaga kehormatannya, Allah SWT telah menciptakan iblis yang menyamar dirinya sama seperti rupa Asiah untuk tidur bersama Fir’aun.Fir’aun sebenarnya mempunyai seorang pegawai yang amat dipercayai dan rapat dengannya yang bernama Hazaqil. Hazaqil telah berjaya merahsiakan identitinya yang sebenar. Hazaqil amat taat dan beriman kepada Allah SWT. Beliau adalah suami kepada Siti Masyithah yang bekerja sebagai juru hias istana yang juga amat taat dan beriman kepada Allah SWT.
Pada suatu hari maka terjadilah perdebatan yang hebat antara Fir’aun dengan Hazaqil di mana Fir’aun telah menjatuhkan hukuman mati terhadap ahli sihir yang beriman kepada Nabi Musa AS. Hazaqil menetang keras terhadap hukuman yang dijatuhkan kepada mereka semua kerana mereka semuanya beriman kepada Allah SWT. Mendengar akan kata-kata Hazaqil, Fir’aun menjadi marah.

Akhirnya Fir’aun dapat tahu yang Hazaqil telah engkar kepada beliau dan kemudiannya telah dijatuhkan hukuman mati kepada Hazaqil. Hazaqil menerimanya dengan tabah dan tidak merasa gentar demi untuk membela kebenaran. Hazaqil telah meninggal dunia dengan kedua-dua tangannya diikat pada pohon kurma dengan tembusan beberapa anak panah.

Isterinya yang bernama Masyitah amat sedih sekali di atas kematian suaminya yang tersayang itu. Beliau sentiasa dirundung kesedihan dan tiada lagi tempat mengadu kecuali kepada 2 orang anaknya yang masih kecil. Pada suatu hari Masyitah telah mengadu nasib kepada Asiah mengenai nasib yang menimpa dirinya.

Di akhir perbicaraan mereka, Asiah juga telah menceritakan tentang keadaan dirinya yang sebenar. Hasil dari perbicaraan itu, barulah kedua-duanya mengetahui perkara sebenar bahawa mereka adalah wanita yang amat beriman kepada Allah SWT dan Nabi Musa AS.Pada suatu hari ketika Masyitah sedang menyisir rambut puteri Fir’aun, sisirnya jatuh dan ketika hendak mengambilnya, Masyitah seraya berkata:“Dengan nama Allah binasalah Fir’aun”.Mendengarkan akan ucapan Masyitah, Puteri Fir’aun telah menegur Masyitah dan beliau rasa tersinggung dengan ucapan Maysitah itu.
Beliau telah melaporkan kepada ayahandanya. Masyitah tidak sedikit pun berasa gentar dengan kata-katanya itu. Masyitah akhirnya telah dipanggil oleh Fir’aun dan Fir’aun telah bertanya kepada Masyitah tentang ucapannya itu dan siapakah Tuhan yang disembahnya. Masyitah telah mengaku tentang apa yang telah diucapkannya dan dengan beraninya berkata:“Tiada Tuhan selain Allah SWT yang sesungguhnya menguasai segala alam dan isinya”.
Mendengar jawapan dari Masyitah, Fir’aun menjadi amat marah dah memerintahkan pengawalnya untuk memanaskan minyak di dalam kuali yang besar, maka minyak itu dipanaskan sehingga mendidih, kemudian orang ramai dipanggil untuk menyaksikan hukuman yang telah dijatuhkan ke atas Masyitah. Masyitah sekali lagi dipanggil oleh Fir’aun dan diberi pilihan iaitu:(i) Jika Masyitah ingin selamat bersama kedua anaknya, beliau haruslah engkar terhadap Allah SWT.(ii) Masyitah haruslah mengaku bahawa Fir’aun adalah Tuhan yang disembah. Jika tidak mengaku Fir’aun sebagai Tuhannya, Masyitah akan dimasukkan ke dalam kuali bersama anak-anaknya.

Akan tetapi Masyitah tetap dengan pendiriannya yang beriman kepada Allah SWT. Masyitah pun membawa kedua anaknya itu untuk menuju ke kuali tersebut. Beliau memandang akan anak yang sedang menyusu yang berada dalam pelukannya. Tetapi dengan takdir Tuhan, anaknya yang masih kecil itu pun berkata supaya jangan takut dan sangsi kerana kematiannya itu akan mendapat ganjaran dari Allah SWT dan pintu syurga terbuka menanti kedatangan mereka.
Kemudian Masyitah dan anak-anaknya pun terjun ke kuali yang mendidih tersebut tanpa mengeluarkan jeritan dari mulutnya. Dan saat itu pun terjadi keanehan di mana tiba-tiba terciumlah bau wangi yang harum semerbak dari kuali itu.Asiah yang telah menyaksikan kejadian itu telah memarahi Fir’aun dengan kata-kata yang pedas dan tidak sudi lagi menjadi isteri Fir’aun dan sanggup mati seperti Masyitah.

Mendengar ucapan Asiah, Fir’aun telah menjadi marah dan menganggap bahawa Asiah gila. Fir’aun kemudiannya telah menyiksa Asiah tanpa diberi makan dan minum sehingga Asiah meninggal dunia. Tetapi sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, ia sempat berdoa kepada Allah SWT sebagaimana yang tersirat dalam Al-Quran
Maksudnya:“Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang mengatakan tidak ada mudaratnya) kepada orang-orang mukmin (berhubung rapat dengan orang-orang kafir bahawa kalau tidak terjejas keadaan imannya), iaitu: perihal isteri Fir’aun, ketika ia berkata: Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam syurga, dan selamatkanlah daku dari Fir’aun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim”.(Surah At-Tahrim: Ayat 11)Demikianlah kisah Asiah dan Masyitah, semoga kita dapat mengambil iktibar dan mengikuti jejaknya...

Ahad, 3 April 2011


Perempuan yang suci ialah perempuan yang di jaga oleh ALLAH. Tidak sedikit pun ALLAH membenarkan lelaki itu menyentuh dirinya walaupun hatinya. Tetapi andai kata kita bergelumang dengan cinta lelaki , dimana ALLAH untuk menjaga kita ? ALLAH seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita. " Jika ALLAH datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki bermakna ALLAH kembali menjagaNya ? ". " Kekuatan bukan harus ditunggu tapi perlu dicari ,". Hargailah kesempatan yang Allah berikan. Sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika berasa dosa melakukannya. Sahabatku , Aku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbananmu , dari hidup dalam kesesatan. Kerana jangan lupa sahabatku , muliamu bukan pada pangkat dan harta tapi kerana ISLAM.....

Sabtu, 15 Januari 2011

Bismillahirrahmanirrahim..
Minte maaf ye wahai blog.. lame da izah xupdate blog sendiri.. blog sndiri pun da bersawang,,pnuh ngan labah2 jew..
huhuhu,sejak msuk f4.. otak da jadi huru hara,,berserabut..dn tekejut...mebi sebab byk subjek baru.. blek skolah pun lmbt..
keje lagi lah bertimbun timbun.., faham dlm klas belum cter lagi..huhuhu,,
tpi Alhamdulillah..ase tekejut tue da mkin hilang skit..insyaallah lme2 boleh ler biase2 kn diri nie..
blek skola lmbt..,,pkul 3 lebih..keje bio,add math,arab,fizik,,kimia..quran sunnah,..,Syariah,,,yg paling best skali...
huh..!! blek umah tlentang ats katil.. Ya Allah..penat jgn kate lew..tiap2 ari abang yg kene amk kt skola..huhuhu..Moga2 Allah beri kekuatan nk mnuntut ilmu nieh.. Kate orang ilmu bkn datang begolek dpan mate..tpi kte yang kene mengejarnya.. Okeyh..!! masa suda tamat.. time siapkn keje pule.. hihi,,alamatnya lmbt lgi ler nk update blog nieh...huhuhu.. Assalamualaikum.. wailalliqa'..!! Insyaallah Ma'assalamah..

Isnin, 6 Disember 2010


"YA ALLAH, Aku Mahu Berubah!!"

YA ALLAH...
Ku Pohon Hidayah-Mu...
Duhai Ayahanda Dan Bonda...
Sahabat-Sahabat...
Serta
Teman-temanku...


Bantulah Daku...
Bimbinglah Daku...
Dalam Mencari Cinta Yang Agung...
Cinta Yang Esa...
Sesungguhnya...

YA ALLAH, AKU MAHU BERUBAH!!!


Ahad, 21 November 2010

LEMBARAN HIDUP WANITA SOLEHAH

Mampukah aku menjadi seperti Siti Kadijah?
Agung cintanya kepada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aisyah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layakkah dia sebagai wanita penghulu syurga...

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah...

Tabah jiwaku
setabah umi Nabi Ismail
Menggendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Diterik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar...

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah,harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah...
-MUFAKKIRATIL MUKMINAH 1430-1431


Rabu, 3 November 2010


Kisah Kubah Permata Putih.

Dikisahkan, Nabi Sulaiman a.s. sedang berkelana hingga tiba di suatu lautan yang bergelombang besar. Baginda memerintahkan angin agar tenang supaya tenanglah pula samudera. Kemudian Nabi Sulaiman memerintahkan jin ifrit menyelam ke dasarnya.
Di dasar samudera, jin ifrit melihat sebuah kubah daripada permata putih. Kubah itu diangkatnya ke atas dan ditunjukkannya kepada Nabi Sulaiman. Melihat kubah penuh dengan permata dari dasar laut itu, Nabi Sulaiman menjadi begitu hairan.
"Kubah apakah ini?" fikirnya. Dengan memohon kepada Allah, Nabi Sulaiman membuka penutup kubah. Betapa terkejutnya dia melihat seorang pemuda berada di dalamnya.
"Siapakah engkau ini? kelompok jin atau manusia?" tanya Nabi Sulaiman kehairanan. "Aku manusia," jawab pemuda itu. "Bagaimanakah engkau boleh memperoleh kemuliaan seperti ini?"
Diceritakan, ibunya dahulu sudah tua dantidak berdaya. Dialah yang memapah dan mengendongnya ke mana sahaja dia pergi. Demi bakti si anak, ibunya selalu mendoakannya. Antara doanya adalah supaya anaknya diberi rezeki dan semoga anaknya ditempatkan di suatu tempat yang tiada didunia dan tiada di langit.
Sambung pemuda itu: "setelah ibuku wafat aku bersiar siar di tepi pantai. Aku melihat sebuah kubah diperbuat daripada permata ini. Aku mendekatinya dan terbukalah pintu kubah itu dan aku masuk ke dalamnya.- Solusi book