Ahad, 3 April 2011


Perempuan yang suci ialah perempuan yang di jaga oleh ALLAH. Tidak sedikit pun ALLAH membenarkan lelaki itu menyentuh dirinya walaupun hatinya. Tetapi andai kata kita bergelumang dengan cinta lelaki , dimana ALLAH untuk menjaga kita ? ALLAH seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita. " Jika ALLAH datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki bermakna ALLAH kembali menjagaNya ? ". " Kekuatan bukan harus ditunggu tapi perlu dicari ,". Hargailah kesempatan yang Allah berikan. Sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika berasa dosa melakukannya. Sahabatku , Aku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbananmu , dari hidup dalam kesesatan. Kerana jangan lupa sahabatku , muliamu bukan pada pangkat dan harta tapi kerana ISLAM.....