Ahad, 21 November 2010

LEMBARAN HIDUP WANITA SOLEHAH

Mampukah aku menjadi seperti Siti Kadijah?
Agung cintanya kepada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aisyah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layakkah dia sebagai wanita penghulu syurga...

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah...

Tabah jiwaku
setabah umi Nabi Ismail
Menggendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Diterik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar...

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah,harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah...
-MUFAKKIRATIL MUKMINAH 1430-1431


Rabu, 3 November 2010


Kisah Kubah Permata Putih.

Dikisahkan, Nabi Sulaiman a.s. sedang berkelana hingga tiba di suatu lautan yang bergelombang besar. Baginda memerintahkan angin agar tenang supaya tenanglah pula samudera. Kemudian Nabi Sulaiman memerintahkan jin ifrit menyelam ke dasarnya.
Di dasar samudera, jin ifrit melihat sebuah kubah daripada permata putih. Kubah itu diangkatnya ke atas dan ditunjukkannya kepada Nabi Sulaiman. Melihat kubah penuh dengan permata dari dasar laut itu, Nabi Sulaiman menjadi begitu hairan.
"Kubah apakah ini?" fikirnya. Dengan memohon kepada Allah, Nabi Sulaiman membuka penutup kubah. Betapa terkejutnya dia melihat seorang pemuda berada di dalamnya.
"Siapakah engkau ini? kelompok jin atau manusia?" tanya Nabi Sulaiman kehairanan. "Aku manusia," jawab pemuda itu. "Bagaimanakah engkau boleh memperoleh kemuliaan seperti ini?"
Diceritakan, ibunya dahulu sudah tua dantidak berdaya. Dialah yang memapah dan mengendongnya ke mana sahaja dia pergi. Demi bakti si anak, ibunya selalu mendoakannya. Antara doanya adalah supaya anaknya diberi rezeki dan semoga anaknya ditempatkan di suatu tempat yang tiada didunia dan tiada di langit.
Sambung pemuda itu: "setelah ibuku wafat aku bersiar siar di tepi pantai. Aku melihat sebuah kubah diperbuat daripada permata ini. Aku mendekatinya dan terbukalah pintu kubah itu dan aku masuk ke dalamnya.- Solusi book

Faedah memakai wangian.
  • Menyegarkan diri dan meransang minda.
  • Memberi ketenangan dan ketenteraman jiwa.
  • Wangian sangat disukai Allah, para malaikat,dan orang soleh. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud "Empat perkara daripada sunnah para rasul; perasaan malu; memakai wangian;bersiwak dan bernikah." (Riwayat al-Tarmizi, Ahmad dan al-Baghawi. Hadis daif)
  • Menghindari daripada syaitan kerana syaitan amat tidak menyukai bau wangi dan menyukai bau busuk.
  • Wangian melambangkan kebaikan dan bau busuk lambang kpd kekejian.
  • Wangian adalah satu sifat syurga.