Isnin, 6 Disember 2010


"YA ALLAH, Aku Mahu Berubah!!"

YA ALLAH...
Ku Pohon Hidayah-Mu...
Duhai Ayahanda Dan Bonda...
Sahabat-Sahabat...
Serta
Teman-temanku...


Bantulah Daku...
Bimbinglah Daku...
Dalam Mencari Cinta Yang Agung...
Cinta Yang Esa...
Sesungguhnya...

YA ALLAH, AKU MAHU BERUBAH!!!


Ahad, 21 November 2010

LEMBARAN HIDUP WANITA SOLEHAH

Mampukah aku menjadi seperti Siti Kadijah?
Agung cintanya kepada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aisyah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layakkah dia sebagai wanita penghulu syurga...

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah...

Tabah jiwaku
setabah umi Nabi Ismail
Menggendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Diterik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar...

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah,harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah...
-MUFAKKIRATIL MUKMINAH 1430-1431


Rabu, 3 November 2010


Kisah Kubah Permata Putih.

Dikisahkan, Nabi Sulaiman a.s. sedang berkelana hingga tiba di suatu lautan yang bergelombang besar. Baginda memerintahkan angin agar tenang supaya tenanglah pula samudera. Kemudian Nabi Sulaiman memerintahkan jin ifrit menyelam ke dasarnya.
Di dasar samudera, jin ifrit melihat sebuah kubah daripada permata putih. Kubah itu diangkatnya ke atas dan ditunjukkannya kepada Nabi Sulaiman. Melihat kubah penuh dengan permata dari dasar laut itu, Nabi Sulaiman menjadi begitu hairan.
"Kubah apakah ini?" fikirnya. Dengan memohon kepada Allah, Nabi Sulaiman membuka penutup kubah. Betapa terkejutnya dia melihat seorang pemuda berada di dalamnya.
"Siapakah engkau ini? kelompok jin atau manusia?" tanya Nabi Sulaiman kehairanan. "Aku manusia," jawab pemuda itu. "Bagaimanakah engkau boleh memperoleh kemuliaan seperti ini?"
Diceritakan, ibunya dahulu sudah tua dantidak berdaya. Dialah yang memapah dan mengendongnya ke mana sahaja dia pergi. Demi bakti si anak, ibunya selalu mendoakannya. Antara doanya adalah supaya anaknya diberi rezeki dan semoga anaknya ditempatkan di suatu tempat yang tiada didunia dan tiada di langit.
Sambung pemuda itu: "setelah ibuku wafat aku bersiar siar di tepi pantai. Aku melihat sebuah kubah diperbuat daripada permata ini. Aku mendekatinya dan terbukalah pintu kubah itu dan aku masuk ke dalamnya.- Solusi book

Faedah memakai wangian.
  • Menyegarkan diri dan meransang minda.
  • Memberi ketenangan dan ketenteraman jiwa.
  • Wangian sangat disukai Allah, para malaikat,dan orang soleh. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud "Empat perkara daripada sunnah para rasul; perasaan malu; memakai wangian;bersiwak dan bernikah." (Riwayat al-Tarmizi, Ahmad dan al-Baghawi. Hadis daif)
  • Menghindari daripada syaitan kerana syaitan amat tidak menyukai bau wangi dan menyukai bau busuk.
  • Wangian melambangkan kebaikan dan bau busuk lambang kpd kekejian.
  • Wangian adalah satu sifat syurga.

Sabtu, 7 Ogos 2010

Kisah Aisyah r.a. yang cemburu

Aisyah mengatakan bahawa jika Nabi s.a.w.hendak melakukan perjalanan jauh, maka bafinda akan mengundi siapa antara isterinya yang akan menemani.
Suatu ketika, Aisyah dan Hafsah terpilih dimana mereka berdua sama-sama mengikuti Baginda. Dalam perjalanan, Baginda memilih waktu malam untuk berjalan dan berbincang dengan Aisyah. Oleh sebab itu, pada suatu hari Hasah berkata kepada Aisyah"apakah kmu bersedia jika malam ini saya menaiki untamu dan kamu menaiki unta saya, lalu kita tetap menjaga jarak hingga kita dapatsaling melihat?" Aisyah bersetuju.
Waktu malam tiba, Aisyah menaiki unta Hafsah dan Hafsah menaiki unta Aisyah. Kemudian Rasulullah s.a.w. datang dan menaiki dibahagian depan unta Aisyah yang mana kali ini membawa Hafsah. Setelah mengucapkan salam,baginda menjalankan untanya hingga berhenti istirehat disuatu tempat.
Waktu itu Aisyah tidak dapat mengikutinya dan kehilangan jejak Rasulullah, maka cemburunya tidak dapat dibendung. Apabila Aisyah sampai di tempat istirehat, beliau menyelitkan kakinya antara daun daun idkhir(serai) lalu berkata "Ya Tuhanku, suruhlah kala jengking dan ular menggigitku. Rasul-mu, entah apa yang dilakukannya, sedangkan aku tak mampu berkata apa-apa."
(riwayat Muslim no- 2445)

Jumaat, 28 Mei 2010

Renungan- Khas untuk kaum muslimah

"Keistimewaan yang Tuhan berikan kepada wanita terlalu banyaknya". "Kasihnya
Tuhan kepada wanita!" Itulah kata-kata yang paling mudah digunakan untuk menggambarkan 'layanan' istimewa terhadap wanita dalam Islam. Sesungguhnya, tidak akan ada mana-mana ajaran, ideologi, isme atau agama lain yang dapat melayan wanita dengan sebegitu baik sepertimana Islam melayan wanitanya. Malah,kalau bergabung pun kesemua wanita yang cerdik pandai, berharta dan berkuasa diseluruh dunia ini untuk menambah hak dan pengiktirafan buat mereka, mereka pasti tidak akan mencapai taraf kemuliaan serta layanan baik yang Allah SWT tawarkan buat seorang wanita di dalam Islam.

Namun, ramai wanita yang tidak memahami hal ini. Lantaran itu kebanyakan mereka
tertipu oleh nafsu sendiri dan merasa terkongkong dengan amalan atau larangan
tertentu yang digunakan ke atas wanita Islam seperti amalan menutup aurat,
larangan bergaul bebas, poligami, larangan wanita menjadi pemimpin dan
lain-lain lagi. Mereka
cukup takut dan gerun dengan kesemua amalan atau
larangan yang dianggap sangat menindas wanita. Walhal kalau dikaji setiap satu
amalan atau larangan itu, mudah sahaja untuk melihat hikmah dan kebaikannya
kepada kaum wanita itu sendiri.

Lalu kita melihat apa yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang hak wanita ialah
mereka kalau boleh tidak mahu sebarang sekatan dikenakan ke atas mereka.
Tentulah ini tidak munasabah. Sedangkan manusia sendiri banyak membuat
peraturan-peraturan serta larangan itu dan ini, atas alasan hendak menjaga
keselamatan diri atau masyarakat awam. Contohnya, dalam soal lalu- lintas,
terlalu banyak peraturan dan larangan yang manusia buat seperti jangan memandu
melebihi had laju, tidak boleh letak kereta di garisan kuning, mesti berhenti
apabila ada isyarat lampu merah, mesti hidupkan lampu selepas pukul 7 malam dan
berbagai-bagai lagi. Kalau dalam bidang sekecil ini pun perlu banyak peraturan
dan larangan, sudah tentulah dalam bidang kehidupan lebih memerlukan lagi, dan
lebih-lebih lagilah kalau skopnya itu jauh lebih luas iaitu untuk keselamatan
dunia dan Akhirat.

Tuhan sebenarnya sangat kasih dan memuliakan kaum wanita. Segala suruhan dan
larangan yang Tuhan kenakan ke atas kaum wanita tidak lain dan tidak bukan
ialah untuk memastikan keselamatan dirinya dan masyarakat dan sekali-kali bukan
untuk menyusahkan mereka. Tetapi, atas hujah dan alasan apa dakwaan ini dibuat?
Mari kita lihat satu persatu pengiktirafan yang diberikan olehTuhan kepada
wanita, sama ada setara langsung atau pun tidak.

i) Gelaran bagi `isteri' di dalam Al Quran

Perkataan yang Allah SWT gunakan di dalam Al Quran untuk menunjukkan suami atau
isteri adalah perkataan yang sama, sedangkan dalam bahasa- bahasa lain,
perkataan untuk suami dan perkataan untuk isteri menggunakan dua perkataan yang
berbeza. Misalnya, dalam bahasa Inggeris, perkataan untuk suami ialah `husband'
manakala perkataan untuk isteri ialah `wife'. Sementara dalam bahasa Perancis
pula, perkataan untuk suami ialah `mari' manakala perkataan `femme' untuk
isteri.

Tetapi di dalam Al Quran, suami dan isteri tidak disebut dua perkataan yang
berbeza `zaujuh' dan `zaujati'. Hanya satu perkataan yang digunakan untuk
kedua-duanya iaitu `zaujuh' yang bermakna `pasangan'. Islam melihat suami dan
isteri adalah pasangan, penutup dan juga pelindung buat yang lain. Mereka
dilihat sebagai sepasang, bukan berasingan. Sudah tentulah ini bermakna yang
kaum lelaki di dalam Islam tidak dianggap lebih mulia daripada kaum wanitanya.
Apabila kita mengatakan sepasang kaca mata, sepasang stokin atau sepasang baju,
tentulah kita menganggap mereka setara dan tidak dapat dipisahkan di antara
satu sama lain. Dan sudah tentulah kita tidak menganggap yang stokin kanan
lebih hebat daripada stokin kiri atau kaca mata kanan lebih baik daripada kaca
mata kiri. Begitulah tamsilannya sepasang suami isteri di dalam Islam seperti
yang tercatat di dalam Al Quran.

Namun, gelaran zaujuh ini hanya diberikan kepada isteri yang sama beriman. Bagi
isteri yang tidak beriman, mereka tidak disebut zaujuh. Contohnya, isteri Nabi
Lut dan isteri Nabi Nuh. Di dalam Al Quran, mereka disebut 'imraah', kerana
isteri sebegini tidak dianggap pelengkap, pelindung atau penutup kepada
suaminya.

ii) Pembelaan Rasulullah SAW Terhadap Wanita

Rasulullah SAW ada banyak menyatakan Hadis-Hadis yang menunjukkan betapa wanita
itu dimuliakan di dalam Islam. Antaranya:

a. "Syurga di bawah telapak kaki ibu." Apakah wanita tidak rasa mulia dengan
Hadis ini? Mengapa Rasulullah SAW memilih perkataan "di bawah telapak kaki" dan
bukan "di dalam tangan" atau "di sisi" seorang ibu? Sudah tentu ini sangat
menggambarkan mulianya seorang wanita di dalam Islam. Seorang yang faham tentu
akan sangat memandang mulia, menghormati, membela serta berlumba-lumba untuk
berkhidmat dan meng'hamba'kan diri kepada ibunya (dengan syarat segala yang
dibuat itu tidak melanggar syariat). Tidakkah beruntung menjadi seorang ibu di
dalam Islam? Dia tidak akan terbiar dan dipinggirkan, malah akan sentiasa
dibela, dihormati dan dimuliakan oleh anak-anaknya.

b. "Orang yang paling baik dari antara kamu itu ialah yang paling baik kepada
isi rumahnya, dan aku ini orang yang paling baik dari antara kamu kepada isi
rumahku."

c. "Tidak akan memuliakan perempuan-perempuan melainkan orang yang mulia, dan
tidak menghina akan perempuan-perempuan melainkan orang yang hina."(Hadis
riwayat Ibnu `Asakir)

d. "Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang sopan. Kemudian
bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak
menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak."

e. "Janganlah seorang mukmin lelaki membenci kepada seorang
(isterinya yang) mukminah, kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu
tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang is suka."(Hadis riwayat
Ahmad dan Muslim)

Demikianlah hak-hak istimewa seorang wanita yang diberi oleh Islam. Dalam satu
masyarakat yang bertaqwa, kaum wanita tidak perlu bimbang yang mereka akan
diperleceh, dipermain atau diperkotak-katikkan oleh kaum lelaki, sebaliknya
mereka boleh yakin bahawa pihak lelaki akan sentiasa melindungi, menasihati,
menegur dan membimbing mereka dengan ikhlas.

iii) Bahagian Tubuh Wanita Dianugerahkan Nama yang Mulia

Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nana yang begitu mulia iaitu
rahim. Perkataan ini diambil dari nama Tuhan, yang bermaksud `Maha Penyayang'.
Sudah tentulah Tuhan tidak akan memberikan nama yang semulia ini kepada sesuatu
yang hina di sisi- Nya. Sudah tentuTuhan akan memilih sesuatu yang mulia juga
untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia. Tuhan tidak berikan nama yang
semulia ini kepada bahagian tubuh lelaki tetapi Dia memberikannya kepada
bahagian tubuh wanita. Rahim inilah yang merupakan penghubung kepada makhluk.
Di dalam rahimlah, wanita menjaga ciptaanTuhan dan memberi makan kepada apa
yang Tuhan ciptakan.

Kaum wanita sepatutnya merasa sangat malu kepada Tuhan kerana memberi
penghargaan yang begitu tinggi kepada mereka. Siapa boleh nafikan kepentingan
rahim untuk kewujudan manusia? Anugerah rahim kepada wanita sebenarnya sudah
cukup untuk membuktikan akan mulianya wanita di sisi Tuhan.

iv) Diberi Pahala yang Berterusan

Wanita disebut `kurang dari sudut agama', tetapi ini bukan bermaksud yang
wanita itu kurang dari sudut iman dan taqwanya. Mereka cuma kurang bersolat
ketika datang haid dan nifas. Namun, oleh kerana di waktu-waktu lain mereka
sentiasa bersolat, maka sepanjang waktu haid dan nifas itu, Tuhan tetap
memberikan juga pahala solat sekiranya mereka dapat bersabar dengan keadaannya
yang tidak selesa itu.

Bayangkan seorang wanita yang baru melahirkan anak. Sudahlah digugurkan
dosa-dosanya seperti seorang bayi yang baru lahir, diberikan pula pahala solat
percuma sepanjang dia dalam keadaan nifas. Dan kalau dia sabar menyusu,
memelihara dan melayan kerenah anaknya pula, makin banyaknya pahala yang Tuhan
sediakan untuknya.

Aduh! Maha Pemurahnya Tuhan kepada wanita. Maha Baiknya Tuhan kepada golongan
yang sering dianggap lemah dan terpinggir ini! Kalaulah wanita-wanita pejuang
hak asasi itu tahu begini sekali ganjaran- ganjaran yang Tuhan berikan kepada
seorang wanita mukminah, pastilah mereka akan meninggalkan perjuangan mereka.
Tidak ada apa-apa lagi hak yang perlu diperjuangkan oleh seorang wanita
mukminah. Yang Tuhan tawarkan itu pun sudah terlampau banyaknya.

Sabtu, 1 Mei 2010

Selamat hari guru


Selamat Hari Guru buat semua guru-guruku:
Ustaz Said b Mastur
Ustaz Radin Shahari
cikgu Salbiah
cikgu Sharou
cikgu Kahar
cikgu Aslina
cikgu Aifaa
cikgu Haslinda
cikgu Asyikin
cikgu Nadhirah
serta guru guru yang pernah mendidikku

TERIMA KASIH CIKGU !!!

Buat teman A4 teratak smdb

"Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna..banyak yang perlu dikorbankan,banyak juga yang terpaksa dilepaskan..sesekali langkah tersadung, rebah menyembah..sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata..selagi prinsip hidup berada di atas landasan yg betul, usah digusar padd anugerah Tuhan.. anggaplah sesekali di duga itu sekadar untuk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan.
2/5/2010

Renungi lah

Perkara yg paling aku menyesali sekali apabila terbenamnya matahari umurku tambah,
tetapi amalanku tidak bertambah...
DaRi IBNU MAS`UD

You & Time

“You need time to learn. You need time to make mistakes. You need time to learn from mistake. You need time to rebound back. You need time to grow.”

Renungan

With money you can buy a house but not a home

With money you can buy a clock but not time

With money you can buy a bed but not sleep

With money you can buy a book, but not knowledge

With money you can see a doctor, but not good health

With money you can buy a position but not respect

With money you can buy blood but not life

With money you can buy sex but not love

Chinese Proverb

Cuti Hujung Minggu

Alhamdulillah, minggu ini dapat pulang ke rumah sempena cuti hujung minggu dan kebetulan pula cuti hari Pekerja (Wokers Day). Seronok dapat pergi membeli buku dan keperluan lain.

Tugas pun banyak, kerja projek Geografi pun belum siap lagi, periksa pun semakin hampir, macam macam lagi...

Tugas sebagai penuntut perlu kesabaran, ketekunan dan semangat yang tinggi untuk berjaya. Harap kengkawan doakan agar semua rintangan dapat dilalui dengan penuh kesabaran.
Buat semua selamat menghadapi peperiksaan pertengahan tahun.

Selasa, 27 April 2010

Solat dan Doa

Solat dan Doa adalah bagaikan isi dan kulit. Pastinya setiap solat adalah doa doa yang dibaca dan di pohon. Solat tidak sempurna jika bacaan doanya tidak di baca dengan betul dan fasih..
Tunaikan solat moga diterima dan diangkat Oleh Allah

Sabtu, 24 April 2010

Selamat Datang

Selamat datang...semua pengunjung ke blog baru ana. Moga anda semua dalam lindungan dan rahmat Allah swt.

Salam Ukhwah dan persahabatan lillah. Kandungan catatan ini hanyalah untuk memenuhi masa ana yang sangat sibuk untuk me- realease akibat dari banyak kerja dan tugas sebagai pelajar.

Buku banyak perlu dibaca dan diulangkaji, nota mesti disiapkan dan kerja rumah kena siap ikut tarikh. waduh...waduh...